K-LIQUID CHLOROPHYLL
5:53 PM | Author: AKIZ NETWORK
3 kebaikan K-Liquid Chlorophyll
  1. Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
  2. Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
  3. Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah

Apa itu Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.

Mengapa Alfalfa?

Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.

Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik.

Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan

Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.

Klorofil sangat kaya dengan:

Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan

Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain

KAEDAH PENGGUNAAN: 1 Sudu Besar 3x sehari/1 Sudu Besar cairkan dlm 1.5ltr air

HARGA: RM61.50


PROPOLIS PLATINUM
5:33 PM | Author: AKIZ NETWORK

Propolis Platinum adalah propolis cecair tanpa kandungan alkohol daripada Brazil yang terkenal sebagai penghasil propolis hijau terbaik yang di dunia. Kualiti propolis bergantung kepada asal negara ia dihasilkan. Perbezaan warna propolis seperti seperti coklat, kuning, hijau dan bermacam-macam lagi melambangkan kualiti masing-masing. Propolis yang terbaik dan paling tinggi kualitinya adalah propolis hijau dari Brazil kerana negara seperti Brazil mempunyai kepelbagaian kehidupan tumbuhan yang kaya di dunia.

Menurut buku dari Dr. Kishita yang bertajuk ‘The Wonder Treatment of Propolis’, beberapa kajian mengenai propolis dari beberapa buah negara membuktikan propolis dari negara Brazil , terutamanya damar dari Eukaliptus sebagai kualiti yang terbaik.

Propolis dikumpul oleh lebah-lebah dari hutan hujan tropika Brazil yang tidak dicemari. Propolis adalah produk damar semulajadi sarang lebah yang dihasilkan oleh lebah bagi melindungi dan mengukuhkan penjagaan sarang lebah dari ancaman jangkitan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa amalan mengambil propolis daapt membantu mengukuhkan sistem imuniti badan dan oleh itu, Propolis Platinum memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan am kita.

Fungsi Propolis Platinum

Propolis Platinum kaya dengan kandungan bioflavonoid. Bioflavonoid juga menggiatkan sel-sel darah putih dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Flavonoid yang terkandung dalam Propolis Platinum adalah sebatian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan anti-radang berkualiti tinggi.

Kebaikan Propolis Platinum

Propolis Platinum menggiatkan penghasilan antibodi serta mengukuhkan sistem imuniti badan. Propolis Platinum membantu melegakan sakit tekak. Ia juga bertindak dalam melawan kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh membantu menghalang selsema, jangkitan gastrointestinal dan lain-lain lagi kegunaan. Ia juga boleh membantu meringankan masalah pernafasan dan membantu merawat luka-luka ringan apabila disapukan pada luka.

KAEDAH PENGGUNAAN: 2-5 Titik 2x sehari

HARGA : RM 36.00 1 Botol/RM161.00 5 Botol(1Set)
GOLDEN VALLEY SOD (ROOIBOS TEA)
9:00 PM | Author: AKIZ NETWORK
Info Produk Teh Rooibos SOD merupakan minuman kesihatan dengan formula unik dari bahan alami sejenis teh dengan nama Aspalathus Linearis dari Cedarberg. Berkualii tinggi, diproses tanpa bahan pengawet dan zat kimia dan bebas kafein. Tidak hanya berkhasiat menyihatkan saja tetapi juga beraroma harum, lazat dan menyegarkan. Dapat diminum bila-bila masa saja, baik untuk orang tua, dewasa dan kanak-kanak. Minuman sihat Teh Rooibos SOD sangat terkenal di beberapa negara, seperti Jepun, Amerika, Jerman, Switzerland, dll. Minuman sihat yang terbuat dari bahan asli Aspalathus Linearis, sangat baik untuk pengganti minuman kopi atau teh untuk setiap hari.

KANDUNGAN DAN KHASIAT TEH ROOIBOS SOD

(Kandungan setiap 200 ML):

* Kalsium (Ca) - Menguatkan tulang dan gigi = 1.09 mg
* Kuprum (Cu) - Memperlancar metabolisme = 0.07 mg
* Florida (F) - Menjaga kesehatan gigi = 0.22 mg
* Besi (Fe) - Meningkatkan oksigen dan melancarkan peredaran darah = 0.07 mg

* Magnesium (Mg) - Menyegarkan sistem sara
f dan sistem metabolisme = 1.57 mg
* Manganase (Mn) - Baik untuk kesehatan tulang = 0.04 mg
* Potassium (K) - Berfungsi untuk metabolisme = 7.12 mg

* Sodium (Na) - Baik untuk pengaliran dan keseimbangan cairan tubuh = 6.16 mg

* Zinc (Zn) - Untuk pemeliharan kesehatan kulit = 0.04 mg

MANFAAT YANG DIPEROLEH :
* Menguatkan tulang dan gigi.
* Memperlancar metabolisme.

* Menjaga kesehatan tulang dan gigi.

* Meningkatkan oksigen dan melancarkan peredaran darah.
* Menyegarkan sistem saraf, sistem metabolisme dan kesehatan kulit.
* Keseimbangan cairan tubuh.


Teh Rooibos SOD sesuai bagi pesakit fungsi ginjal

PETUNJUK PEMAKAIAN :
Rendam/Rebus 1 sachet Teh Rooibos SOD dalam 1500 ml air panas.

KANDUNGAN :
1 Kotak 40 sachet.

HARGA : RM21.50